Monday, December 7, 2009

tak tahu

bila buih itu ditiup hilang..
bila cerahnya langit kadang gelap..
saat diri mengharapkan pelangi indah mewarnai..
tiada keluar jadi diri terus dihimpit sedih...

mengengam kertas hilang berdarah tangan...
tidak dirasakan sakit... hati keras..
tapi bila hati disentuh sakit..
sakit dan teramat sakit..
sehingga hilang diri..
diselubungi kemurungan..
hati pinta bahgia..
tapi otak senyap tidak berfungsi...

aku rindukan rumput basah...
mau bermain dengan lopak air..
walau kotor tapi hati ku puas dan bahgia..
seakan esok lusa mau kesana lagi..
tapi bukan tiap hari ujan..
aku harus tahu dan yakin..
bahawa hujan kadangkala tidak sampai ke petang..

Wednesday, October 28, 2009

Dah lama..

Dah lama saya tidak menjenguk..
rasa jauh sekali..
Dah lama saya tidak menulis..
untuk berkongsi..

Dah lama saya ingin merasa..
pelukan dari adik-adik saya..
Dah lama saya tidak tidur..
bersama mereka..


Dah lama saya tidak disentuh..
tanda kemenangan dan pujian..
Dah lama saya ingin singgah..
dalam hati semua manusia..

Dah lama saya tidak berfikir..
apa yang saya mahukan lagi..
Dah lama saya ingin menyapa..
burung yang berkicauan..

Dah lama saya tidak bercakap
dengan bersungguh-sungguh..
Dah lama saya rasa..
yang saya belum puas..
dengan hidup..

Dah lama saya impikan
kehidupan yang bahagia dan riang..
Dah lama saya tidak bayangkan..
senyuman sahabat-sahabat saya.,..

Dah lama sayang.. semuanya.. aku rindu..

Sunday, September 27, 2009

Salam Lebaran

Assalamualaikum..

Rasenye belum terlambat untuk saya ucapkan Selamat Menyambut Syawal buat semua pembaca belog 'Cinta kita satu' semoga anda semua berbahagia menyambut lebaran kali ini... salam perkenalan dari saya, atiqahadnan.,..

Tuesday, August 18, 2009

dugaan itu manis

aku melihat di luar..
taksub dan leka...
tapi pandangan tidaklah lama..
kerna aku lupa bahawa pandangan itu tidak bermakna...

di sana ada bayi..
memandang dengan pandangan ksong..
siapa yang bisa tafsirkan kehidupan dari sisi bayi itu..
dia tidak tahu... hidup ini ada pahit dan manis..

aku duduk di satu sudut...
sambil tangan ku memeluk kedua kaki..
muka ku tekup..
fikiran ku kemana-mana...

asyik fikirkan hal dunia..
hal manusia..

aku tahu aku patut tabah..
dengan tiap ujian datang...
aku pasti itu ada akhirnya..
ia takkan selubungi diriku lagi...
satu hari nanti...

dalam bunga ada madu..
dalam batang pohon ada umbut..
dalam buluh ada rebung..
semua itu manis...

aku terfikir bahawa setiap ciptaan ada manisnya..
jika tiada manis rasa tidak lengkap untuk manusia..
tapi betulkah aku katakan ujian untuk ku itu juga ada manis nya..?
bila aku menangis kesal dan berdiri kemudian..
akan ada manis mendatang untuk ku...
yang aku tak jangka tak sedar...
Allah Maha Adil..


kalau itu penerimaan kita dengan ujianNYA..
kita akan disenangi olehNya kerna kita redha...
kalau kita keras menolak ujian itu..
menentang.memberontak.rasa tidak adil..
tiadalah yang manis itu buat kita..
yakin lah dengan natijah kehidupan kita...
semuanya telah tertulis...

Monday, August 3, 2009

sunyi itu membangunkan aku

mata terpejam rapat-rapat
lelap dan kosong...
tidak mahu ia hinggap..
dan datang... senyap..
itu kemahuanku...


kiraan ku kali ini kurang tepat..
berape banyak pun aku tetap kelam...
tidak tahu bagaimana mahu hilangkan..
segala ini.. kenapa?

pernah.. ianya pernah hilang..
bila aku penuh dengan idea dan cita-cita..
tapi ia kadang-kadang tidak tetaap..
datang dan kadang ia pergi...

jakun aku bila kenangkan ade jiwa disana...
yang sedang memerhatikan aku...
jiwa itu seakan pelik...
pelik entah kenape...

celik mataku ini..
terus bangun...
sunyi itu..
ia aku ingat....

Wednesday, April 29, 2009

aku mahu kesana

dalam senyum gembiraku...
dalam tangis sedihku..
aku ingin kesana..

dalam sujud ku...
tawakkal ku...
aku hanya mahu kesana...

setaat perintah kepada ibu ayahku..
sekuat prinsip dan pegangan ku..
aku hanya ingin untuk kesana...

aku yakin pasti..
bahawa semuanya ini jua ingin ke sana..
berlari-lari dan ada juga yang seperti tidak endah...


aku duduk dan merenung ke bawah...
sambil jari ku leka menguis pasir..
seperti ingin menulis sesuatu...
satu perkataan..
yang mengambarkan pencarian ku selama ini..
DESTINASI...

dan aku muka terfikir...
kemana aku dan semua orang ini akan pergi..
walau dengan paksaan atau dengan kemahuan..?
dengan rela dan takut..?

betullah lah kata ayahku..
renungan itu kadang kala menyedarkan kita...
siapakah kita...
asal usul kita...
pengakhiran kita...

aku tidak mahu kepala ku kosong tanpa imaginasi...
aku jua tak mahu otak ku kosong tanpa berfikir..
aku suka melihat jauh...
jauh sekali...
mungkin manusia lain juga tidak sedar bahawa bila kita berfikir jauh..
kita akan sedar bahawa kehidupan ini adalah satu tulisan...
tulisan dimana kita tak tahu apakah maknanya...
dan penulisnya itu MAHA MENGETAHUI segalanya...

sekali lagi aku bertanya diriku..
dan aku rasa mahu sekali ke sana..
aku jua mahu semua orang ke sana bersamaku..
tapi layakkah aku..
aku bukan orang kuat atau hebat..
aku hanya gadis tumpangan dunia...
yang sementara saja di sini...
dan di sana tidak pula aku rasa diriku layak....
tapi disana lah tempat abadiku...
dan bagaimanakah kehidupan ku disana..?
aku tak pasti...

ternyata aku masih lagi tidak pasti dimanakah destinasiku...

Wednesday, April 22, 2009

cinta itu aku..

sayang...
aku selalu membayangkan sesuatu..
membayangkan sesuatu..
sesuatu yang indah..
antara kita...
apakah maknanya?

mungkin aku terlalu ingin merasai cintamu?
atau mungkin aku terlalu ingin terus ada engkau dimataku?


entah...!

kadang-kadang aku bertanya kenapa mesti aku cinta?
aku tak pernah mahukan nya pun..
aku menolak cinta itu sedaya nya..
tapi aku tidak sekuat akar..

bila aku titipkan sebuah kata ini..
aku tidak punya apa-apa...
selain cinta...

aku tahu aku manusia yang ber'inti' kan cinta...
aku tidak mahu hidup dalam dunia tanpa cinta...
bila tiada cinta aku mati..
mati dalam sedih..
aku tak mahu..

bila burung terbang jauh...
dia mencari cintanya..
dia sepi..
dia akan mati sebentar lagi...
kenapa cinta tiada dimana-mana?
kenapa cinta itu tidak kekal..
sayang?

aku tahu kita manusia...
dan bila kita selalu mencari...
suatu hari nanti...
kita pasti akan hilang jua....